Dua remaja cedera pada badan selepas terlibat kemalangan di Jalan Taman Bulatan Saberkas

MIRI--Seorang remaja lelaki dan teman wanitanya mengalami kecederaan selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dengan sebuah kenderaan tengahari tadi di Jalan Taman Bulatan Saberkas.

Kedua-dua mangsa, berusia 16 tahun itu dilaporkan menaiki sebuah motosikal. 

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Miri (APM) Lt (PA) Mirwan Shah Masri, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 1.17 petang tadi.


"Sejurus tiba di lokasi, anggota kita mendapati mangsa remaja perempuan mengalami kecederaan terseliuh di tangan kanan, tangan kiri dan kaki sebelah kiri, mangsa remaja lelaki tahun mengalami kecederaan calar, terseliuh tangan sebelah kanan dan luka calar dilutut kaki kanan dan terseliuh di kaki kanan," katanya.

Anggota APM Miri telah membuat rawatan awal ke atas mangsa dan terus menghantar kedua-dua mangsa ke Hospital Miri untuk rawatan selanjutnya.
Next Post Previous Post