Dr Sim bernostalgia
KUCHING-- Timbalan Premier Sarawak Prof Dato Sri Dr Sim Kui Hian mengimbau kembali kisah silamnya ketika bersarapan dengan mi laksa bersama rakan sekelasnya yang pulang ke Sarawak minggu lalu sebelum Tahun Baharu Cina.
Katanya dalam hantaran Facebooknya, jika anda seorang rakyat Sarawak, anda akan tetap menjadi rakyat Sarawak tidak kira di mana pun berada.
"Gembira kerana masih dalam bersua selepas lebih dua tahun negara dilanda wabak COVID-19.
"Masih teringat ketika kita berubah dari semasa ke semasa terutamanya Sarawak yang kini memasuki era pertumbuhan yang tidak dijangka, era digital dan tenaga hijau.
"Akan ada banyak peluang yang ditawarkan tetapi jangan kita berharap ia jatuh di hadapan anda," katanya.
Berkongsi pengalamannya sendiri, Dr Sim berkata, beliau pulang ke Sarawak pada tahun 1998 tetapi pada waktu itu belum ada pusat perubatan jantung kerajaan di sini.
"Oleh itu, saya perlu berkhidmat di Pulau Pinang (3 tahun perkhidmatan wajib) dengan imbuhan RM3,130 sebulan.
"Tetapi pada tahun 2001, akhirnya Bank Pembangunan Islam, Arab Saudi telah meluluskan permohonan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menubuhkan pusat jantung di Sarawak.
"Hasilnya, peluang yang tidak dijangka, bersama-sama dengan kakitangan, kami dapat menjalankan Pusat Jantung @ SGH," katanya.
Jelasnya, selepas lebih 20 tahun Pusat Jantung Sarawak mempunyai 45 pakar kardiologi baharu (termasuk Indonesia, China) yang dilatih.
Selain itu, katanya, seramai 248,093 pesakit luar telah dirawat dan 5,172 pesakit kegagalan jantung (bermula 2016).
"Manakala 171,088 Gema, 5,907 MRI (bermula 2013), 8,371 CT Jantung (bermula 2015), 20,158 Prosedur intervensi dan 33,842 - Angiogram diagnostik,".
"Jika saya tidak pulang pada tahun 1998, saya mungkin tidak dapat peluang untuk memulakan Pusat Jantung untuk Sarawak ini," ujarnya.