Buaya 10 kaki santai bawah rumah di Tabuan Hilir ditangkap

 


KUCHING-- Seekor buaya sepanjang 10 kaki berjaya ditangkap di bawah rumah seorang penduduk di Kampung Tabuan Hilir di sini pagi tadi. 


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, reptilia ganas itu ditangkap setelah kehadiran buaya berkenaan dimaklumkan kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC). 



"Bomba terima panggilan sekitar jam 11.01 pagi tadi dan mengerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi. 


"Setibanya di lokasi kejadian didapati benar seekor buaya berada di bawah rumah pengadu dengan anggaran ukuran panjang 10 kaki. 



"Pihak bomba bertindak menangkap setelah menghubungi pihak SFC," katanya menerusi kenyataan media hari ini. 


Jelasnya, buaya terbabit berjaya ditangkap dengan bantuan penduduk kampung. 



Tambahnya, buaya tersebut seterusnya dibawa balik ke balai untuk proses penyerahan kepada pih ak SFC.



Next Post Previous Post