Bekenu banjir


MIRI--Sebanyak 72 kediaman dari tiga buah kampung di Bekenu yang didiami seramai 245 orang, dinaiki air susulan hujan lebat yang turun sejak jam 1 pagi tadi (Rabu).

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Miri Lt (PA) Mirwan Shah Masri, tiga kampung yang terjejas adalah Kampung Kejapil, Kampung Subak dan Kampung Opak.

Walaubagaimanapun , tiada pusat  pemindahan dibuka setakat ini memandangkan keadaan masih lagi terkawal.


"Anggota kita telah digerakkan ke lokasi untuk melakukan pemantauan banjir di kawasan tersebut, dan penduduk dinasihati untuk sentiasa peka terhadap keadaan air dan berpindah jika tidak selamat," ujarnya.

Setakat jam 1.55 petang tadi, Kampung Opak mencatatkan paras setinggi tiga kaki, diikuti Kampung Kejapil (2 kaki) dan Kampung Subak (1 kaki).

Hujan lebat sejak awal pagi itu menyebabkan air sungai berhampiran ketiga-tiga kampung tersebut melimpah memasuki kawasan kediaman penduduk.


Next Post Previous Post