APM bantu anjing kesakitan tersepit pagar
MIRI -- Suara seekor anjing kesakitan tersepit di celah pagar kediaman tuannya di Jalan Lim Chee Hian pada Selasa, bertukar nada rungutan sayu selepas ia berjaya diselamatkan anggota Pertahanan Awam Miri (APM).
Haiwan malang itu tersepit di bahagian tengah badannya di celah pagar besi.
Menurut Pegawai APM Miri Lt (PA) Mirwan Shah Masri, kejadian disedari seorang wanita berusia 43 tahun yang ketika itu bergegas keluar apabila terdengar bunyi salakan haiwan itu seperti dalam kesakitan.
"Pengadu telah segera menghubungi pihak APM untuk membantu menyelamatkan haiwan tersebut," ujarnya.
Seramai lima anggota APM telah digerakan ke lokasi sejurus menerima panggilan sekitar jam 11.03 pagi.
"Kami menggunakan alatan khas bagi merenggangkan pagar berkenaan sebelum anjing tersebut dapat dikeluarkan dengam selamat, sekitar 10 minit kemudian," jelasnya.
Anjing tersebut telah diserahkan kepada pengadu.