Wan Junaidi bersanding malam ini
Tular gambar perkahwinan pasangan mempelai itu selepas akad nikah yang dipercayai berlangsung baru-baru ini. Gambar kredit pembaca |
KUALA LUMPUR— Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersanding malam ini dengan wanita pilihan, Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi.
Majlis persandingan itu akan dilangsungkan di sebuah hotel terkemuka sini sekitar jam 7.30 malam ini.
Antara yang dijangka hadir ialah Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan beberapa pemimpin kanan negara.
Terdahulu tular gambar perkahwinan pasangan mempelai itu selepas akad nikah yang dipercayai berlangsung baru-baru ini.
Ini adalah perkahwinan kedua Wan Junaidi selepas kematian isterinya, Datin Seri Norjanah Feona Sim Abdullah, pada 27 Mei lalu.
Wan Junaidi, 77, membuat keputusan untuk tidak bertanding di Parlimen Santubong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Nancy Shukri.
Pada perkahwinan terdahulu, Wan Junaidi dikurniakan dengan tiga cahaya mata perempuan.