Terseliuh main tarik tali, lelaki dikejarkan ke hospital
MIRI—Seorang lelaki dikejarkan ke Hospital Miri selepas terseliuh ketika bermain sukan tarik tali di sebuah kelab rekreasi di Piasau, hari ini.
Menurut Pegawai Pertahanan Awam Miri Lt (PA) Mirwan Shah Masri berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian sekitar jam 1.01 petang tadi.
"Setibanya di lokasi, kita mendapati mangsa cedera pada lutut sebelah kanan.
Empat anggota APM yang kemudian memberikan rawatan awal kepada mangsa yang terjatuh,” katanya.
Mangsa kemudian dibawah mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Miri.