Siling ruang tamu runtuh, gara-gara dimakan anai-anai di Kampung Lusut
Gambar APM Miri |
MIRI--Siling ruang tamu sebuah rumah di Jalan Batu 7 Kampung Lusut tiba-tiba runtuh pada pagi Ahad, selepas dimamah anai-anai.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 8 pagi itu mengejutkan lima ahli keluarga yang mendiami kediaman tersebut.
Gambar APM Miri |
Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Miri Lt (PA) Mirwan Shah Masri, sejurus sahaja pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 8.50 pagi, seramai empat anggotanya telah dikerahkan ke lokasi.
Gambar APM Miri |
"Setibanya di lokasi, seorang pengadu wanita dewasa berusia 47 tahun memberitahu beliau berada didalam bilik terdengar bunyi barang jatuh dari ruang tamu dan terus melihat siling rumah ruang tamu sudah runtuh," ujarnya.
Mujur, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.