Rumah setinggan di Kota Sentosa terbakar


KUCHING--Sebuah rumah setinggan di Kota Sentosa di sini, terbakar malam tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 10.42 malam dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.



"Kebakaran sebuah rumah jenis tidak kekal yang telah terbakar keseluruhan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,kebakaran tiada melibatkan mangsa seperti yang dilaporkan kerana menurut jiran rumah tersebut, penghuni telah dibawa keluar oleh anaknya pada sebelah petang.


"Operasi terkawal pada jam 11.01 malam dan telah tamat sepenuhnya pada jam 11.41 malam.


"Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," ujarnya.

Next Post Previous Post