Piala Dunia: Korea Selatan, Jepun mungkin lakar sejarah
DOHA-- Korea Selatan bakal bertemu Jepun dalam perlawanan kalah mati Piala Dunia FIFA?
Sememangnya ia menjadi impian buat peminat dua pesaing lama dalam sukan itu. Pertembungan itu tidak pernah berlaku sebelum ini, kemungkinan itu ada, namun amat tipis, ia menjadi kenyataan tahun ini di Qatar.
Andai kedua-dua negara memenangi pusingan ke-16 pada Isnin, mereka bakal bersaing di suku akhir pada Jumaat, lapor Agensi Berita Yonhap.
Korea Selatan dan Jepun belum pernah bertemu dalam mana-mana perlawanan Piala Dunia. Mengikut peraturan FIFA, tiada dua negara dari benua yang sama, kecuali Eropah, boleh diundi dalam kumpulan yang sama.
Selain itu, kejohanan kali ini menyaksikan Korea Selatan dan Jepun berjaya melangkah ke pusingan kalah mati buat kali ketiga dan kali pertama berada dalam kumpulan yang sama.
Pada 2002 dan 2010, kedua-dua pasukan hanya bertembung pada perlawanan akhir atau persaingan bagi menentukan tempat ketiga.
Di Qatar, Jepun mara ke pusingan kalah mati terlebih dahulu pada Khamis, menduduki tempat teratas Kumpulan E selepas kemenangan 2-1 ke atas Sepanyol. Terdahulu, Jepun membenam Jerman 2-1.
Korea Selatan menempah tiket ke pusingan kalah mati pada Jumaat hasil kemenangan 2-1 ke atas Portugal yang mengesahkan kedudukan di tempat kedua dalam Kumpulan H.
Terikat empat mata dengan Uruguay yang menang 2-0 ke atas Ghana pada hari yang sama, Korea Selatan berjaya mara ke pusingan seterusnya hasil perbezaan jumlah jaringan.
Korea Selatan akan berdepan pasukan nombor satu dunia, Brazil, juara lima kali dan antara pilihan utama kejuaraan. Ini penyertaan ketiga Korea Selatan ke pusingan kalah mati dan pertama sejak 2010.
Jepun akan menentang Croatia, pasukan nombor 11 dunia dan naib juara kepada Perancis pada Piala Dunia 2018. Jepun akan bersaing dalam pusingan kalah mati buat kali keempat dan menjadi pasukan Asia pertama mara ke peringkat 16 berturut-turut dalam kejohanan itu.
Korea Selatan mencatat 42 kemenangan, 23 seri dan 16 kalah menentang Jepun, namun Jepun mendominasi perlawanan baru-baru ini, memenangi setiap dua perlawanan terbaru dengan 3-0.
Sejak Oktober 2010, Korea Selatan hanya menewaskan Jepun dua kali dalam sembilan pertemuan terakhir mereka, dengan tiga seri dan empat kalah.