Pemandu tersepit kemalangan tiga kenderaan
Anggota bomba memberikan bantuan awal kepada pemandu Proton Saga yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Miri-Bakam pagi tadi. Gambar Bomba |
MIRI—Dua mangsa cedera dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Miri-Bakam, awal pagi tadi.
Kejadian melibatkan sebuah pacuan empat roda, Proton Saga dan motosikal.
Menurut Pemangku Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Ahmad Nizam Sapaiee, salah seorang mangsa iaitu pemandu Proton Saga, tersepit susulan kejadian.
“Pihak bomba yang tiba di lokasi kejadian pada jam 5.12 pagi telah menggunakan alatan menyelamat khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit itu," ujarnya.
Kedua-dua mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah dibawa ke Hospital Miri, manakala pemandu pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan.
Operasi tamat pada jam 6.13 pagi.