Kerja 'orang gila' baling objek di jalan Sungai Selabi Balingian ke Bintulu


KUCHING--Seorang pengguna jalan raya bimbang dengan kes membaling objek ke arah lori dan kereta yang melalui jalan Sungai Selabi Balingian ke Bintulu yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.


Samuel Saba dalam hantaran facebooknya menyifatkan perbuatan itu sebagai kerja 'orang gila'.


 

Mereka yang melontar objek terbabit menggunakan Hilux warna putih double kabin, kes terbaharu yang dilakukan pada Isnin lalu jam 8 malam apabila dua buah lori menjadi mangsa Balingian objek.


Samuel berharap pihak polis membuat rondaan pada waktu malam untuk keselamatan pengguna jalan raya kerana khuatir berlaku kes rompakan dan ragut.


"Saya sebagai penguna jalan raya yang bekerja ulang-alik dari Sri Aman ke Bintulu menghantar barang rasa tidak selamat," tambahnya.

Next Post Previous Post