Enam wakil GPS dilantik timbalan menteri Kabinet Perpaduan


KUALA LUMPUR— Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan pelantikan 27 timbalan menteri kepada Kabinet Kerajaan Perpaduan.


Enam daripada 27 timbalan menteri yang dilantik adalah wakil dari Gabungan Parti Sarawak (GPS).


Berikut adalah senarai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan :


Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Rubiah Wang


Timbalan Menteri Pengangkutan - Hasbi Habibullah


Timbalan Menteri Kesihatan - Lukanisman Awang Sauni


Timbalan Menteri Ekonomi - Datuk Hanifah Hajar Taib


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Wilson Ugak Kumbong


Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Datuk Sri Huang Tiong Sii


Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Ahmad Maslan dan Sim Chee Keong Steven Sim


Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Teo Nie Ching


Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi - Ramkarpal Singh


Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Adam Adli


Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Siti Aminah Aching


Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Chan Fong Chin


Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Akmal Nasrullah Mohd Nasir


Timbalan Menteri Pertahanan - Adly Zahary


Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Abdul Rahman Mohamad


Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Liew Ching Tong


Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Seri Yusuf Apdal


Timbalan Menteri Sains dan Teknologi - Datuk Arthur Joseph Kurup


Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Aiman Athirah Sabu


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Fuziah Salleh


Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi - Ramkarpal Singh


Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Saraswathy Kandasami


Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad Alamin


Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Khairul Firdaus Akhbar Khan


Timbalan Menteri Pendidikan - Lim Hui Ying


Timbalan Menteri Sumber Manusia - Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud



Anwar berkata senarai nama itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah.


“Istiadat angkat sumpah akan dijalankan di Istana Negara pada 3 petang esok,” katanya, lapor Bernama.


Pengumuman itu, yang dibuat di Putrajaya pada 8.15 malam, disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen dan platform media sosial, lapor Bernama.


Pada Jumaat lepas, Anwar mengumumkan pelantikan dua timbalan perdana menteri dan 28 anggota Jemaah Menteri bagi Kerajaan Perpaduan.


Terdahulu pada sebelah petang, Anwar mempersembah senarai nama timbalan menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Next Post Previous Post