Debak banjir lagi
DEBAK: Beberapa kawasan rendah di Kampung Melayu dekat sini dinaiki air setelah hujan yang turun sepanjang hari bertembung air pasang menggemparkan penduduk kampung apabila masing-masing menyelamatkan barang-barang dan mengalihkan ditempat tinggi.
Pihak Bomba Dan Penyelamat Betong, mengarahkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Debak bertindak memantau kawasan berisiko banjir selain siap siaga untuk menggerakkan bantuan sekiranya diperlukan.
Anggota Balai Bomba Dan Penyelamat BBP Betong turut hadir kelokasi bagi memantau kawasan, bersedia sekiranya hujan berterusan dan keadaan air mendadak naik memasuki rumah penduduk.
Dalam masa yang sama beberapa buah rumah penduduk kampung Bungey, Kampung Babu, Kampung Lalang dan Kampung Debak Laut telah dimasuki air sedalam dua sehingga tiga kaki.
Bomba turut menasihati penduduk kampung untuk mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya hujan berterusan dan menghubungi Bomba dengan segera.