Anwar pengerusi mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar arkib)

PUTRAJAYA— Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di sini.


Pada 2 Dis, Anwar mengumumkan barisan Kabinet yang dianggotai 28 menteri serta dua timbalan perdana menteri, selain beliau sendiri memegang portfolio Menteri Kewangan.


Mesyuarat pertama yang dihadiri kesemua Jemaah Menteri itu bermula pukul 10 pagi.


 Anwar tiba di bangunan Perdana Putra itu pada kira-kira 8.10 pagi sebelum mempengerusikan mesyuarat khas tersebut.


Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 24 Nov lepas. 


Kebanyakan menteri Kabinet telah mengimbas kad perakam waktu dan memasuki pejabat masing-masing sebelum menghadiri mesyuarat berkenaan.

Next Post Previous Post