6 tangkapan sepanjang Op Saga Piala Dunia di bandaraya Kuching


KUCHING-- Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuching telah membuat sebanyak 15 Operasi Khas Op Saga IX sempena Piala Dunia 2022.


Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, enam tangkapan telah berjaya dibuat melibatkan tiga warga tempatan dan tiga warga asing membabitkan jumlah rampasan wang tunai sebanyak RM331.



"Sebanyak enam kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, sebanyak dua kertas siasatan telah dituduh di bawah Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953 yang mana telah dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tempoh enam bulan atau kedua-duanya.



"Empat lagi kertas siasatan lain akan dituduh sebaik sahaja selesai, Op Sofa akan diteruskan bagi membanteras aktiviti perjudian di bandaraya Kuching," tegasnya.

Next Post Previous Post