Tengah kepada Midin, kita lawan siapa saja yang melawan kita
“Soal dia mungkir janji ke tidak, dia letak calon di sini. Jadi kita lawan, siapa sahaja yang melawan kita,” — Awang Tengah |
KUCHING— Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan melawan sesiapa sahaja yang melawan parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, kata
Timbalan Pengerusi GPS Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini termasuk berlawan dengan Perikatan Nasional (PN) yang sebelum ini berjanji tidak akan meletakkan calon di kerusi Parlimen.
“Perkara (tidak bertanding) ini sudah kita persetujui dalam beberapa mesyuarat untuk tidak meletakkan calon termasuk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).
Soal dia mungkir janji ke tidak, dia letak calon di sini. Jadi kita lawan, siapa sahaja yang melawan kita.
Sebab itu kita letak semua calon di semua 31 Parlimen,” katanya kepada media selepas menghadiri Sarawak Fair 2022 di sini hari ini.
Tengah mengulas kenyataan Muhyiddin yang menafikan beliau “mungkir janji” dengan Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berhubung keputusan bertanding di negeri itu pada PRU15.
“Tidak mungkir janji, itu cakap dia lah. sebenarnya dia bersetuju untuk Sarawak menggunakan pltaform kita sendiri iaitu GPS.
Minggu lepas, PN mengumumkan ia akan bertanding di empat kerusi Parlimen Sarawak, iaitu Saratok, Lubok Antu, Bintulu dan Batang Lupar.
Calon Bersatu PN, iaitu Ali Biju, Jugah Muyang dan Duke Janteng, masing-masing bertanding di Saratok, Lubok Antu dan Bintulu.
Satu lagi parti komponen PN, PAS meletakkan Hamdan Sani sebagai calon di Batang Lupar.
Sementara itu Awang Tengah berpuas hati dengan perjalanan kempen hari kelima.
“Setakat ini kempen mendapat maklumbalas yang luar biasa. Kita akan melakukan yang terbaik.
Rakyat sangat yakin dengan GPS dan mereka memberikan harapan kepada Premier kita,” kata Tengah.