Rumah guru musnah terbakar di Selangau
Dua buah rumah guru di SK Nanga Tajam di Selangau musnah dalam kebakaran malam tadi. Gambar kredit Bomba |
SELANGAU— Satu blok dua unit rumah guru jenis tidak kekal di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Tajam, di sini musnah dalam satu kebakaran malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan sekitar 11.52 malam.
“Sebaik anggota bomba tiba, keseluruhan bangunan rumah guru berukuran 40x20 kaki persegi telah musnah sepenuhnya.
Seorang penghuni berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan manakala seorang lagi penghuni tiada di rumah semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Komander Operasi membuat size-up berpandukan konsep RECEO dengan mencari sumber air terbuka yang berdekatan dan mengangkat pam angkut ke tebing sungai, seterusnya membentang satu aliran 100 kaki satu pancutan.
"Pasukan Pemadam melakukan overhaul sehingga bara-bara api berjaya dipadamkan sepenuhnya," katanya.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.