Remaja cedera motosikal dilanggar 4WD
Anggota APM sedang membantu mangsa kemalangan di Jalan Bulatan Piasau hari ini. |
MIRI—Seorang remaja lelaki cedera pada rahang, tangan kanan dan lutut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda, di Jalan Bulatan Piasau, tengah hari tadi.
Menurut pegawai Angkatan Pertahanan Awam Miri Lt (PA) Mirwan Shah Masri, seramai empat anggotanya dikerahkan ke lokasi sejurus dimaklumkan kejadian pada jam 12.21 tengahari.
"Keterangan daripada orang awam yang berada di lokasi,remaja berusia 19 tahun itu menggunakan motosikal berwarna merah telah dilanggar oleh sebuah kereta pacuan empat roda menyebabkan mangsa terjatuh," ujarnya.
Mirwan berkata, mangsa mengalami kecederaan pada badannya akibat hentakan.
"Anggota kita telah membuat rawatan awalan dan bergerak menghantar mangsa ke Hospital Miri," ujarnya.