Pusat mengundi SK Benawa dan SK Kuala Tutoh dinaiki air

Gambar kredit APM


MIRI—Dua sekolah kebangsaan yang bakal digunakan sebagai pusat mengundi di Marudi esok dilaporkan mula dinaiki air susulan kejadian hujan lebat.


Sekolah tersebut adalah SK Benawa dan SK Kuala Tutoh.



SK Benawa dinaiki air susulan hujan lebat sejak semalam. Gambar kredit APM


Menurut pegawai Angkatan Pertahanan Awam Miri Lt (PA) Mirwan Shah Masri, menerusi pemantauan banjir yang dilakukan setakat jam 5 petang pada Khamis , air banjir sudah mula menaiki kedua-dua kawasan sekolah tersebut.


"Sebuah rumah panjang iaitu Rumah Long Maro sepanjang 64 pintu turut dinaiki air berikutan hujan lebat," ujarnya.


Keadaan SK Kuala Tutoh dinaiki air. Gambar kredit APM


Ujarnya, tren air setakat ini adalah menaik.


Difahamkan paras air banjir yang dicatatkan setakat petang semalam adalah setinggi tiga kaki di rumah panjang Long Maro, manakala empat kaki di SK Benawa.


Di SK Kuala Tutoh, paras air banjir adalah setinggi satu kaki.

Next Post Previous Post