Poster kenaikan tangga gaji PDRM palsu

JPM memaklumkan poster yang tular berkaitan kenaikan tangga gaji PDRM adalah palsu.

KUALA LUMPUR— Jabatan Perdana Menteri hari ini menafikan kenyataan satu poster yang tular di media sosial bertajuk 'PM-Kenaikan Tangga Gaji PDRM Akan Diumumkan Dalam Masa Terdekat'.


Menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya, JPM berkata kenyataan itu adalah palsu.


Sambil menyertakan tangkap layar poster berkenaan, JPM meminta orang ramai agar tidak menyebar atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu, lapor Bernama.


"Tidak pasti, jangan kongsi. Untuk berita sahih boleh rujuk akaun media sosial rasmi JPM melalui Facebook; Twitter; Instagram dan TikTok,” menurutnya.

Next Post Previous Post