Pertembungan 2 ‘gergasi’ Lun Bawang merebut kerusi Lawas

Henry Sum Agong

LAWAS—Sasaran calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong untuk menang dan menang bergaya pastinya berliku apabila berdepan tiga  penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.


Henry Sum  76, dicabar calon  Parti Sarawak Bersatu(PSB) Baru Bian dan calon Pakatan Harapan (PH) Japar Suyut untuk merebut kerusi Parlimen Lawas yang disifatkan kubu kuat GPS sebelum ini. 


Baru Bian


Henry, tiba di pusat penamaan calon Majlis Daerah Lawas (MDL) seawal jam 8 pagi bersama pencadang Paris Kaya disokong oleh Awang@Ibrahim  Ahmad.


Manakala  calon PH  Japar 59, bersama pencadang Kasuma Gani dan penyokong Norazwani  Abdul Samad tiba dipusat penamaan calon jam 8.45 pagi.


Baru  pula tiba pada  jam 9.15 pagi bersama  pencadang Asut Braok dan penyokong Alias  Mail.


Henry Sum (kiri) dan Japar semasa penamaan calon di Majlis Daerah Lawas pagi tadi.


Henry Sum  bertanding untuk penggal ke-enam  kelihatan tenang manakala calon PH yang bertanding untuk kali ke-empat meluangkan masa bertanya khabar masing-masing yang sering bertemu setiap lima tahun di gelanggang PRU.


Pegawai Pengurus Pilihanraya Ladin Atok mengumumkan pengesahan calon dan parti bertanding pada PRU15 untuk kerusi Parlimen Lawas diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Next Post Previous Post