Penjual kereta ditahan bersama ekstasi bernilai RM20,200 di Miri
MIRI—Seorang jurujual kereta ditahan bersama dadah bernilai RM20,200 dalam satu serbuan dilakukan tengah malam tadi di sebuah kediaman di Hooven Garden.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, lelaki berusia 26 tahun itu kini sedang ditahan reman selama enam hari sehingga 13 November ini untuk siasatan lanjut.
Katanya, lelaki warga tempatan itu ditahan sekitar jam 12.30 pagi semasa serbuan dilakukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayan Narkotik IPD Miri dan suspek ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
"Hasil pemeriksaan semasa serbuan dilakukan itu, polis menemukan 11 paket 'Juice Master' yang disyaki mengandundi dadah jenis ekstasi dengan anggaran berat 404 gram," jelasnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.