Lelaki cedera, pikap dipandu terbalik dalam kemalangan kendiri
Keadaan pikap yang kemalangan di Kampung Sageng, Simunjan pagi tadi. |
SIMUNJAN--Seorang lelaki cedera selepas pikap dipandu terbabas lalu terbalik dalam kemalangan di jambatan Kampung Sageng di sini, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 7.56 pagi dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan ke lokasi kejadian.
"Sampai di lokasi kejadian didapati kemalangan kendiri melibatkan sebuah pikap yang hilang kawalan dan terbabas.
"Mangsa yang berada di dalam kenderaan tersebut telah selamat di keluarkan oleh orang awal sebelum pihak Bomba sampai ke lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya,pasukan Bomba cuma membuat pemantauan di lokasi kejadian.
"Mangsa yang cedera telah dihantar oleh orang awam ke hospital.
"Setelah keadaan terkawal dan selamat pasukan Bomba berangkat ke balai,"ujarnya.