Kereta terbakar, pemandu selamat
KUCHING— Tindakan pantas orang awam berjaya menyelamatkan seorang lelaki selepas kereta yang dipandunya terbabit kemalangan sebelum terbakar di Bulatan E-Mart Matang, awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikerahkan ke lokasi sejurus mendapat panggilan jam 5.42 pagi.
“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan kereta Naza Rexton yang kemalangan kendiri dan terbalik. Seorang mangsa lelaki telah selamat dikeluarkan oleh orang awam sebelum tibanya pasukan Bomba di lokasi.
Mangsa telah dirawat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilokasi, katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, komander operasi membuat size-up berpandukan konsep RECEO bagi menyelamat, mengawal dan memadam kebakaran.
Operasi ditamatkan pada jam 6.16 pagi.