Karim yakin GPS menang majoriti 30,000 undi di Kota Samarahan

Abdul Karim dan Rubiah pada Pelancaran Jentera GPS P197 Kota Samarahan di The Summer Shopping Mall, di sini, malam tadi.

KOTA SAMARAHAN— Gabungan Parti Sarawak (GPS) yakin dapat majoriti yang besar di Kota Samarahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 Nov ini, berdasarkan peningkatan dua kali ganda jumlah pengundi di parlimen itu.


“Jumlah pengundi kali ini meningkat sehingga 82,229 berbanding 40,000 pengundi pada 2018.


“Berdasarkan peningkatan ini, saya yakin GPS mampu meraih majoriti undi yang tinggi,” kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.


Beliau berkata, pada PRU14, calon GPS Datuk Rubiah Wang meraih majoriti 16,992 atas tiket Barisan Nasional (BN) Sarawak


Saya yakin kali ini beliau boleh mendapat majoriti lebih 30,000,” katanya pada Pelancaran Jentera GPS P197 Kota Samarahan di The Summer Shopping Mall, di sini, malam tadi.


Abdul Karim yang juga Pengarah Pilihan Raya GPS Kota Samarahan menambah, GPS juga mahu mencipta sejarah untuk meraih kemenangan bergaya di semua 31 kerusi Parlimen negeri ini.


Beliau berkata, walaupun sasaran itu tinggi, namun ia tidak mustahil dicapai melalui kerjasama erat dan semangat perpaduan jentera parti.


Saya mahu GPS mencatat sejarah buat pertama kali memenangi kesemua kerusi dalam PRU15,” katanya yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya.


Hadir sama, calon GPS, Datuk Rubiah Wang, Timbalan Speaker DUN merangkap ADUN Muara Tuang, Datuk Idris Buang dan ADUN Stakan, Datuk Hamzah Brahim.

Next Post Previous Post