Dua cedera, van jatuh dalam tali air
Keadaan van yang terjatuh ke dalam tali air di Sungai Janting, Bintangor di sini hari ini. Gambar Bomba |
BINTANGOR-- Dua cedera selepas van dinaiki jatuh ke dalam tali air di simpang sungai Janting di sini, tengah hari tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 12.03 tengah hari dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor ke lokasi kejadian.
"Setibanya pasukan Bomba di tempat kejadian didapati sebuah van Perodua Rusa dinaiki lelaki berusia 56 tahun dan wanita berusia 55 tahun dari arah pekan Bintangor menuju ke sungai Janting mengalami kemalangan kendiri dan jatuh ke tali air.
"Mangsa berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pihak Bomba ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya,mangsa seterusnya diserahkan kepada ambulans untuk di hantar ke hospital .
"Setelah keadaan selamat pasukan bomba bertolak balik ke balai," ujarnya.