Beberapa orang terbunuh, cedera ditembak di pasar raya AS
Ramai anggota polis dilaporkan berada di luar pasar raya. Gambar kredit APnews |
WASHINGTON—Beberapa orang dilaporkan terbunuh dan cedera dalam kejadian tembakan lewat Selasa di sebuah Walmart di Chesapeake, Virginia.
Panggilan mengenai kejadian itu diterima pada 10:12 malam. (0312 GMT Rabu), menurut polis Chesapeake.
Jumlah kematian dan kecederaan masih belum jelas. Lelaki bersenjata itu dikatakan telah meninggal dunia, lapor Bernama.
Ramai anggota polis dilaporkan berada di luar pasar raya serta berpuluh-puluh kenderaan kecemasan juga dilihat di tempat kejadian.
Polis sedang menyiasat di keseluruhan bangunan Walmart dan orang ramai diminta mengelak dari kawasan berkenaan.