APM Miri hantar mangsa kemalangan ke Hospital Miri

APM membantu membawa mangsa kemalangan ke Hospital Miri.

MIRI—Seorang wanita dikejarkan ke Hospital Miri awal pagi tadi, selepas kenderaan yang dipandunya terlibat  dalam satu kemalangan di Jalan Pujut 2.


Seramai empat anggota Pertahanan Awam Miri (APM) telah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 6.25 pagi tadi.


Menurut Pegawai APM Miri Lt (PA) Mirwan Shah Masri, setibanya anggota di lokasi, mereka mendapati mangsa berusia 46 tahun mengadu mengalami sakit pada bahagian dada.


"Skuad Bravo membuat rawatan awal dengan memasang cervical collar dileher mangsa dan menghantar mangsa ke hospital Miri," ujarnya.

Next Post Previous Post