1,333 anggota keselamatan mengundi awal di Miri, Sibuti
Anggota polis di Miri menunaikan tangungjawab mereka membuat undi awal di Dewan IPD Miri. |
MIRI—Seramai 1,333 orang pengundi membabitkan anggota polis dan askar serta pasangan hari ini menunaikan tanggungjawab mengundi awal hari untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Miri dan Sibuti.
Daripada 637 pengundi awal ini, seramai 461 dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dan 176 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri.
Sejumlah 696 pengundi adalah dari Kem Sri Miri, manakala baki 406 adalah undi pos.
Sebanyak tiga saluran dibuka di IPD Miri, masing-masing dua di PGA Batalion ke-12 Miri dan Kem Sri Miri. Pusat pengundian ini telah dibuka sejak jam 8 pagi tadi.