130 polis Betong tunai tanggungjawab
BETONG— Seramai 130 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah Betong terlibat dalam proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.
Ketua Polis Daerah Betong, DSP Zamry Alli berkata, mereka menunaikan tanggungjawab masing-masing di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong sejak 8 pagi tadi.
“Jumlah tersebut merangkumi 124 pengundi awal yang bertugas di IPD Betong, Balai Polis Spaoh dan Balai Polis Debak. Manakala selebihnya undi pos.
Tiga saluran dibuka seawal jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang,” katanya hari ini.
Tinjauan mendapati, proses pengundian berjalan lancar, teratur dan tenang.