Wanita diserang mabuk gunung ketika daki Gunung Kinabalu


KOTA KINABALU-- Seorang wanita mengalami simptom akut gunung (AMS) ketika melakukan aktiviti mendaki Gunung Kinabalu, di sini awal petang Rabu lalu. 


Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa mengalami AMS di kedudukan Dorm Laban Rata, Gunung Kinabalu dan mengerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau ke lokasi. 



"Tindakan awal pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) dengan bantuan daripada Park SAR dan Malim Gunung memberi rawatan awal kepada mangsa dengan cara pemanasan menggunakan alat pemanas. 


"Namun mangsa masih kurang stabil dan dibawa turun ke Timpohon Gate dengan menggunakan teknik usungan (Neil Robertson Stretcher)," katanya dalam kenyataan. 



Tambahnya, mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Ranau oleh Pasukan EMRS menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut. 


Operasi ditamatkan pada jam 12:06 tengah malam. 

Next Post Previous Post