Undi PSB dan PBK ibarat undi BN- Michael Kong



KUCHING-- Mengundi Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) ibarat mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.


Perkara ini ditegaskan Pembantu Khas kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen, Michael Kong Feng Nian dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, kerjasama dua parti itu akan memusnahkan impian pembangkang untuk menerajui kerajaan.


"Pakatan PSB dan PBK akan membantu BN, Pakatan Nasional(BN) dan Gabungan Parti Sarawak(GPS) menentang Pakatan Harapan(PH).


"Voon Lee Shan dari PBK dalam kenyataan akhbarnya memaklumkan kepada umum bahawa matlamat pakatan baharu ini adalah untuk mengalahkan PH dalam PRU ini," katanya.


Katanya, ini menimbulkan kebimbangan kepada DAP betapa tulennya parti ini menjadi pembangkang yang sebenar.


"PBK dan PSB adalah parti yang hanya aktif  apabila pilihan raya semakin hampir tetapi hilang selepas itu.


"Dengan itu, jelas PBK dan PSB memasuki pilihan raya umum akan datang dengan tujuan untuk bekerjasama dengan BN atau PN," ujarnya.


Menurutnya lagi, undi untuk PBK dan PSB adalah undi untuk BN dan PN dan ini akan membuka laluan kepada ahli politik UMNO seperti Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak untuk mentadbir negara ini sekali lagi.


"Kita tidak boleh membiarkan PBK dan sekutunya terus memperbodohkan kita dengan naratif politik mereka. 


"Marilah kita sama-sama menyatukan undi pembangkang di belakang PH untuk membawa perjuangan menentang kerajaan BN, PN dan GPS," katanya.

Next Post Previous Post