RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN


Berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), penumpuan angin dijangka berlaku di kawasan Semenanjung dalam tempoh 21-23 Oktober 2022. Keadaan ini berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir yang boleh membawa hujan lebat dan angin kencang pada sebelah petang hingga awal malam di kebanyakan negeri di Semenanjung.


Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.


Ketua Pengarah

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)

Kementerian Alam Sekitar dan Air

Masa dikeluarkan : 1:00 tengah hari

Tarikh: 20 Oktober 2022

Next Post Previous Post