PRU15: PKR Sarawak umum senarai calon esok
Roland (tengah) bersama timbalan pengerusi PKR Sarawak Abun Sui (dua, kiri) semasa dalam satu sidang media di sini hari ini. |
MIRI--Senarai penuh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan diumumkan di Miri, esok oleh presiden parti itu Datuk Sri Anwar Ibrahim.
Difahamkan, beberapa pemimpin 'penting' parti itu, termasuk timbalannya, Rafizi Ramli turut serta dalam program Jelajah Mega Harapan itu.
Pengerusi PKR Sarawak Roland Engan, berkata Anwar dijangka tiba di Lapangan Terbang Miri dari Kuching pada jam 3.30 petang.
Beliau dijadualkan membuat pengumuman nama-nama calon dalam satu sidang media di Jin Hold Apartment Miri sekitar jam 4 petang.
Dalam perkembangan berkaitan, Roland berkata PKR sedang menunggu kelulusan kerajaan Sarawak untuk Rafizi menyertai program Jelajah Mega Harapan di Miri.
"Sama ada kerajaan meluluskan atau sebaliknya, kita tunggu,"
Buat masa ini, status Rafizi masih dalam senarai hitam memasuki Sarawak," katanya semasa sidang media hari ini.
Pada tahun 2014, semasa tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PKR) Balingian, Rafizi dan beberapa pemimpin PKR yang lain telah dilarang memasuki negeri ini.