Pesawat tentera Rusia terhempas di bangunan kediaman ragut 3 nyawa
Nahas itu menyebabkan sebahagian bangunan kediaman sembilan tingkat itu terbakar. Gambar kredit Russia Today |
MOSCOW-- Tiga orang terkorban manakala 19 lagi cedera selepas jet pejuang Su-34 Rusia terhempas di bandar Yeysk di wilayah Krasnodar, Rusia pada Isnin, lapor Xinhua memetik agensi berita TASS.
Pesawat itu terhempas ketika menjalani latihan penerbangan dan juruterbang sempat melenting keluar dengan selamat sebelum nahas, menurut memetik Kementerian Pertahanan Rusia.
Jet pejuang itu terhempas di bangunan kediaman dan mencetuskan kebakaran.
Menurut kementerian punca nahas dipercayai akibat masalah teknikal di bahagian enjin jet.
Nahas itu menyebabkan sebahagian bangunan kediaman sembilan tingkat itu terbakar.
Kerja-kerja menyelamat masih dijalankan, menurut gabenor wilayah Krasnodar Veniamin Kondratiev.
-- BERNAMA