Perjuangan masih belum selesai, Dr Teo bersemangat waja terus berkhidmat

Ramai orang kata saya tua untuk berpolitik. Saya tak kisah- Dr Teo

Perjuangan masih belum selesai, Dr Teo bersemangat waja untuk meneruskan khidmat

Dr Michael Teo Yu Keng berkata dia akan mempertahan kerusi Parlimen Miri dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) walaupun ramai pihak mahu dia bersara dari gelanggang politik kerana sudah tua.

Dia mahu bekerja keras untuk meneruskan agenda pembangunan yang belum selesai - pembinaan Hospital Miri yang moden dilengkapi Jabatan Pakar Jantung dan perumahan kos rendah.

“Ramai orang kata saya tua untuk berpolitik. Saya tak kisah, saya akan terus bekerja keras untuk merealisasikan projek ini.

Sebelum ini saya memang merancang untuk bersara. Namun kedua-dua projek ini belum siap, saya rasa terpanggil dan menangguhkan rancangan bersara itu,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Dr Teo dipilih sebagai Ahli Parlimen Miri sejak 2013 dan mempertahankan kerusi itu selama dua penggal. 

“Jika Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri, saya akan berjuang menubuhkan Jabatan Pakar Jantung di Hospital Miri dan membina perumahan kos rendah.

“Saya akan ke Parlimen dan menyuarakan cadangan ini kepada PM untuk dipertimbang,” katanya.

Katanya, ramai pesakit jantung di Miri terpaksa mendapatkan rawatan di Brunei Darussalam.

Ujar Dr Teo, Hospital Miri memiliki pakar kardiologi namun masih kekurangan peralatan perubatan seperti pengimbas jantung untuk prosedur pelebaran kardiovaskular. 

Dia berharap pengundi di Miri akan membantu rakyat di seluruh bahagian utara Sarawak merealisasikan impian itu dengan menyokong PH dalam PRU15.

Dalam tempoh empat tahun sebelum ini, Dr Teo telah menemui bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebanyak lima kali dan menyerahkan pelan untuk projek pembinaan hospital bertingkat.

Katanya, konsep bangunan dua tingkat Hospital Miri banyak memerlukan banyak ruang tapak menyebabkan tidak mencukupi untuk membina tempat parkir. 

“Ini sekali gus menyebabkan kesesakan di kawasan hospital dan kekurangan parkir untuk pengunjung. 

Selain itu, jarak wad yang berjauhan tidak selesa untuk kakitangan dan pesakit.

Dr Teo berpuas hati projek pembesaran Hospital Miri telah diluluskan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dimasukkan dalam semakan pertengahan penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Projek pembesaran Hospital Miri itu edang dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung Disember 2023.

Kapsyen 

Ramai orang kata saya tua untuk berpolitik. Saya tak kisah- Dr Teo

#pru15 #sarawak

Next Post Previous Post