Pemuda autisme dikhuatiri hilang di hutan
LUNDU-- Seorang pemuda autisme dikhuatiri hilang di hutan gunung Bajo di sini, semalam.
Dalam kejadian itu, mangsa dikenali Illias IIIyasa Bujang, 21.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 10.09 malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu bersama sembilan anggota ke lokasi kejadian.
"Anggota Bomba telah memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 8 pagi tadi.
"SAR dibahagikan kepada tiga kumpulan dan radius pencarian satu kilometer dari lokasi terakhir mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, SAR turut dibantu oleh pihak polis dan orang kampung seramai 30 orang.
Setakat ini, mangsa masih belum dijumpai.