“Ngopi Ft Fadillah” eratkan hubungan pemimpin dan rakyat

Fadillah  Yusof menyantuni pengunjung yang datang ke Zainab Cafe menikmati sarapan pagi. Teks | Gambar kredit Japen

KUCHING— Program Sembang warung “Ngopi Ft Fadillah” salah satu platform pemimpin mengeratkan hubungan bersama rakyat dan mendengar pandangan masyarakat dari akar umbi.


Program yang berskala kecil yang melibatkan komuniti setempat ini diadakan di Zainab Cafe Metrocity ini merupakan salah satu komunikasi bersemuka yang berkesan untuk mendekati masyarakat disamping mendengar keluhan mereka mengenai isu setempat yang berlaku.


Fadillah bersama Jaafar Jantan turut mengedarkan risalah Undi 18 kepada peniaga di sekitar Metrocity. Teks | Gambar kredit Japen


Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata program seumpama ini patut diadakan lebih kerap melibatkan semua lapisan masyarakat terutama golongan belia.


Menurut beliau, melalui kaedah ini pelbagai lapisan masyarakat dapat duduk bersama berkongsi pandangan dan permasalahan setempat yang berlaku.


Fadillah beramah mesra bersama peniaga di sekitar Metrocity yang juga merupakan golongan belia. Teks | Gambar kredit Japen


“Bagi kami ahli Komuniti Keluarga Malaysia, melalui program seumpama ini kami dapat berjumpa bersama pemimpin dalam suasana santai dan berkongsi pandangan serta masalah yang dialami terutama di kawasan kami”, ujar Ketua Komuniti Keluarga Malaysia Kampung Tunku, Haji Saifuddin Senawi.


Fadillah turut mengedarkan risalah mengenai undi 18 kepada pengunjung di Zainab Cafe Metrocity dan beramah mesra bersama peniaga disini.


Selain itu turut diadakan hebahan Info On Wheels oleh Pejabat Penerangan Daerah Kuching mengenai Undi 18 di sekitar Metrocity.


Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sarawak Jaafar Jantan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi Dan Pembangunan Masyarakat Jabatan Penerangan Negeri Sarawak Roszilawati Nor Aziz dan Pegawai Penerangan Daerah Kuching Magdellina Alfred Jeho. 

Next Post Previous Post