McPhee juara Moto3 GP Malaysia

McPhee merekodkan 38 minit 04.589 saat dalam saingan Moto3 Kejuaraan Dunia Motosikal Grand Prix (GP) Malaysia 2022 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini. Gambar kredit MotoGP

SEPANG— Pelumba Sterilgarda Husqvarna Max John McPhee meraih kemenangan sulungnya dalam saingan Moto3 Kejuaraan Dunia Motosikal Grand Prix (GP) Malaysia 2022 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.


Pelumba British berusia 28 tahun itu merekodkan 38 minit 04.589 saat (s).


Rakan sepasukan Ayumu Sasaki dari Jepun muncul di tempat kedua dengan 38:04.637s manakala pelumba Sepanyol, Sergio  Garcia dari Gaviota GASGAS Aspar Team ketiga dengan 38:04.735s.


Juara baharu kelas Moto3 dari Sepanyol Izan Guevara dari Gaviota GASGAS Aspar Team menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 selepas merekodkan 38:13.737s.


Pelumba wildcard negara Syarifuddin Azman atau dikenali Damok yang bermula dari barisan ketujuh menduduki tempat ke-16, menepati sasaran berada dalam kelompok ke-19 walaupun tidak meraih sebarang mata.


-- BERNAMA

Next Post Previous Post