Mayat mangsa serangan buaya ditemukan tanpa tangan kanan


LIMBANG- Mayat pekerja lelaki Indonesia yang menjadi mangsa  serangan  buaya ketika memancing ditemui tanpa tangan kanannya pada tengah hari,  hari ini.


Mayat mangsa Juma  Misi,30 yang juga pekerja ladang kelapa sawit  di Kuala Gemilang, Blok C, Merapok Lawas  ditemukan dalam keadaan tidak sempurna, dalam  operasi mencari dan menyelamat hari kedua kira-kira    jam 1.17 tengah hari.



Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Lawas Azman Ibrahim berkata,  mayat mangsa berjaya ditemui pada jarak tiga kilometer  dari lokasi mangsa dibaham buaya.


“Sebaik ditemui,didapati keadaan  fizikal mayat mangsa serangan buaya tidak sempurna, didapati tangan kanan mayat mangsa telah hilang. 



“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk proses bedah siasat di rumah Mayat Trusan, Lawas,”katanya dalam kenyataan kepada Borneo Network hari ini.


Jelas  Azman  operasi SAR   diteruskan pada hari kedua  bersama polis, Angkatan Pertahanan Awam, penduduk kampung dan pekerja ladang yang membawa kepada penemuan mayat mangsa hari ini.


Pada pagi Ahad   mangsa keluar  memancing dengan kawannya, disungai Merapok, jam 7 pagi sebelum dipercayai  terjatuh ke dalam sungai kerana disambar buaya  dalam insiden jam 8 pagi.


Ketika  itu mangsa leka memancing di tebingan sungai, sebelum  seekor buaya membaham mangsa disaksikan rakannya dalam  jarak 50 meter yang kemudiannya   membuat laporan  kepada pihak polis.

Next Post Previous Post