Hospital Sibu mencari waris kepada Hasnah Ngui dan Su Wei Kiong

Hasnah Ngui Abdulah

SIBU, 27 Okt – Hospital Sibu mohon bantuan orang ramai bagi mengesan ahli keluarga atau waris kepada seorang ibu dan anak lelakinya yang berbangsa cina.


Menurut kenyataan daripada Hospital Sibu, Hasnah Ngui Abdulah, 81 tahun dan anak lelakinya Su Wei Kiong, 59 tahun dimasukkan ke hospital tersebut sejak 4 Oktober lalu sehingga kini.


Su Wei Kiong


Hasnah ditempatkan di Wad Perubatan (22) manakala anaknya di Wad Psikiatri Lelaki. 


Pihak hospital telah cuba menghubungi waris pesakit bagi urusan dicaj namun gagal.


Difahamkan pesakit masih mempunyai waris yang bernama Halimah Hassan dan menetap di Sibu. 


Sehubungan itu, pihak hospital mohon jasa baik orang ramai yang mengenali pesakit atau warisnya agar segera menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Nur Athirah Rawi di talian 084-238 818 atau Wad Psikiatri Lelaki di talian 084-343 333 (sambungan 6310). 

Next Post Previous Post