Harga minyak mentah meningkat
NEW YORK-- Harga minyak mentah terus mencatatkan peningkatan pada Khamis.
West Texas Intermediate bagi penghantaran Disember meningkat US$1.17 atau 1.3 peratus untuk ditutup pada US$89.08 setong di New York Mercantile Exchange.
Minyak mentah Brent untuk penghantaran Disember menokok US$1.27 atau 1.3 peratus untuk ditutup pada US$96.96 dolar setong di Bursa Hadapan ICE London.
Harga sebahagiannya disokong oleh data makroekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh berbanding jangkaan, lapor Bernama.
Pada Khamis Jabatan Perdagangan AS melaporkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS berkembang pada kadar tahunan 2.6 peratus pada suku ketiga.
Dolar Amerika yang agak lemah juga memberikan sokongan kepada minyak. Indeks dolar yang mengukur dolar Amerika berbanding enam mata wang utama, meningkat 0.81 peratus kepada 110.5870 pada akhir dagangan pada Khamis tetapi masih turun kira-kira 1.3 peratus untuk minggu itu.