Bot bawa 240 penumpang terbakar, 14 maut

Sekurang-kurangnya 240 penumpang berada dalam kapal malang itu manakala 14 orang disahkan maut dan 144 mangsa diselamatkan. Gambar media sosial

JAKARTA—Seramai 14 penumpang maut selepas kapal KM Express Cantika 77 terbakar ketika menuju ke Kalaahi, Pulau Alor Indonesia pada petang Isnin.


Kapal itu dilaporkan berlepas dari Kupang di Nusa Tenggara Timur dan berada lebih 100 kilometer dari Kalabahi ketika kebakaran dikesan di dek belakang, lapor media tempatan.


Menurut agensi penyelamat Kupang Basarnas, sekurang-kurangnya 240 penumpang berada dalam kapal malang itu manakala 14 orang disahkan maut dan 144 mangsa diselamatkan.


Ketuanya Putu Sudayan berkata agensi itu telah mengerahkan 51 anggota dan bot penyelamat manakala nelayan tempatan turut membantu usaha mencari baki penumpang.


-- BERNAMA

Next Post Previous Post