PSB, PBK tandatangan MoU, elak bertembung semasa sendiri pada PRU15


KUCHING-- Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang. 


Presiden PSB Dato Sri Wong Soon Koh berkata, kerjasama itu akan membolehkan kedua-dua parti mencapai persefahaman berkaitan kerusi Parlimen yang akan ditandingi. 


Ini katanya bagi mengelak pertembungan sesama sendiri semasa pilihan raya kelak. 


"Hari ini, PSB dan PBK telah menandatangani MoU setelah kita mencapai kata sepakat antara satu sama lain bagi mengelak undi pecah pada PRU15 kelak," katanya dalam kenyataan hari ini. 


Dengan MoU ini kata Soon Koh, ia dapat memastikan peluang untuk menang di setiap kerusi Parlimen yang ditansingi lebih cerah. 


Justeru, beliau berharap rakyat Sarawak akan memberi sokongan padu kepada parti-parti tempatan dalam memastikan hak-hak negeri ini dapat diperjuangkan mengikut Perjanjian Malaysia 1963 sekaligus memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini. 

Next Post Previous Post