Mayat mangsa lemas di Muara Payang ditemukan petang ini


SARIKEI-- Mayat Aziz Yusuf,42, mangsa lemas selepas terjun cuba mengambil perahu terlepas tali diikat pada tiang di Muara Payang, Bintangor, di sini, Selasa lalu dijumpai petang ini.


Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Aziz Zaidi berkata, mayat mangsa dijumpai oleh pihak Kastam serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam sekitar radius 1.5 kilometer di mana mangsa telah jatuh.



"Mayat mangsa masih dalam keadaan sempurna dijumpai pada jam 5.30 petang.


"Pihak APM telah membawa naik  mangsa untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya, dengan penemuan mayat mangsa itu operasi Ops SAR hari kedua telah ditamatkan pada jam 6 petang ini.

Next Post Previous Post