Kebakaran di Kampung Kudei, dua mangsa melecur
KUCHING-- Dua mangsa lelaki melecur di bahagian kepala, bahu dan tangan ketika menyelamatkan diri terperangkap dalam kebakaran dua buah rumah di Jalan Nanas Barat, Kampung Kudei di sini, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan behubung kes itu jam 9.37 pagi dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Batu Lintang, BBP Padungan dan BBP Petra Jaya ke lokasi kejadian.
"Ketika sampai di lokasi didapati dua buah rumah telah terbakar keseluruhan.
"Sebuah rumah lagi terbakar di bahagian dinding sahaja, pihak Bomba berjaya mengawal kebakaran merebak ke rumah keempat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa pertama melecur 30 peratus manakala mangsa kedua melecur 10 peratus.
"Keadaan semasa di lokasi adalah terkawal, kerja- kerja overhaul sedang dijalankan," ujarnya.