Kapal karam di Beladin, 4 selamat, seorang masih hilang


PUSA: Empat selamat manakala seorang lagi masih hilang dalam insiden kejadian kapal karam di jambatan  Beladin di sini, pagi tadi.


Dalam kejadian itu, mangsa yang masih hilang dikenali Nicholas ak Julius.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 9.30 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Saratok ke lokasi kejadian.


"Balai Polis Pusa memaklumkan ada berlaku kes kapal pasir karam di seberang Beladin," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya,empat orang mangsa (lelaki) berjaya berenang ke tepi jambatan Beladin Pusa.


"Seorang mangsa (lelaki) dipercayai masih berada di dalam kapal, gagal keluar dari kapal," ujarnya.

Next Post Previous Post