Kaki tersangkut di 'steering shaft' dalam kemalangan kendiri


KUCHING--Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan selepas kakinya tersangkut pada 'steering shaft' dan tidak dapat keluar dari kereta dalam kemalangan kendiri di Jalan Rock disini, malam tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan behubung kes itu jam 8.58  malam dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian. 



"Setiba di lokasi didapati seorang mangsa berusia 57 tahun tersangkut kaki di bahagian ‘steering shaft’ dan tidak dapat keluar dalam kereta Perodua Kenari. 


"Pasukan Bomba bertindak melepaskan kaki mangsa menggunakan peralatan menyelamat dan mangsa berjaya dikeluarkan," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya,mangsa hanya mengalami cedera ringan dan enggan di hantar ke hospital kerana mahu menunggu ahli keluarga sampai di lokasi kejadian. 



"Setelah selesai membuat pemantauan dan memastikan keadaan di lokasi selamat jentera dan bersama anggota bertolak balik ke balai. 


"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.30 malam," ujarnya.

Next Post Previous Post