Dua lelaki cemas, kereta terbabas langgar tiang elektrik


KUCHING--Dua lelaki berdepan detik cemas selepas kereta dinaiki terbabas dan melanggar tiang elektrik  menyebabkan tiang elektrik berkenaan patah.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan behubung kes itu jam 11.20 malam dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian. 



"Pemandu kereta Toyota Vios mengalami sakit di bahagian bahu akibat kesan daripada tali pinggang dan penumpang seorang lelaki  tidak mengalami kecederaan setelah diperiksa oleh Unit EMRS, mangsa tidak mahu dihantar ke hospital," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,wayar elektrik yang jatuh telah melintangi kedua-dua arah jalan raya dan menyebabkan tayar hadapan sebuah kereta jenis Mercedes tersangkut pada wayar.



"Namun pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan, dengan bantuan pasukan Bomba kereta tersebut berjaya dialihkan ke tepi jalan.



"Pihak SEB telah pun berada di lokasi kejadian sebelum ketibaan pasukan Bomba. Wayar eletrik yang melintangi jalanraya telah berjaya dialihkan dengan bantuan pihak SEB," ujarnya.


Katanya,setelah memastikan keadaaan di lokasi selamat pasukan Bomba bertolak balai ke balai, operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.15 tengah malam.

Next Post Previous Post